you're reading...
Aktiviti, Photoshoot

Shoot & BBQ Picnic Part 2

Alhamdulillah, program Shoot & BBQ Picnic Part 2 siang tadi berjalan lancar dan cuaca memang terbaek. Memang rugi arrr geng-geng MITI tarik diri last minit dan tak datang program nie hanya kerana terlalu percaya pada berita yang dah outdated. Sehari sebelum program sempat tepon kawan lama, Wakil Rakyat kawasan Hulu Langat tanya pasal kes banjir Rabu lepas. Dia kata, dah tak banjir jalan clear dari Hulu Langat sampai semenyih. Sikit marah jugak ler…sebab mereka yang start plan nak buat Picnic, then last minit cancel nak pi. Tapi apa boleh buat, anak dara orang. Tak boleh nak paksa-paksa. Naseb baek ada backup plan……next time pun kena ada backup plan jugak ler kalau asek kena gini….

So, base on info yang dapat semalam, program pagi nie on jugak sebab memang awal-awal dah buat separate event page gak sebagai backup dan jemput geng2 Photog & Talent untuk joint. Just nak continue Part 1.

Pagi tadi bergerak dari umah seawal pukul 7pagi sempat singgah sarapan then jumpa geng Photog dan Talent sebelum konvoi ke Sungai Gabai. Sepanjang perjalanan dari Dusun Tua ke Batu 18 memang kelihatan runtuhan tebing sungai dan kesan banjir kat Jalan Raya. Pusat Pemindahan pun dah kosong sebab air banjir surut sepenuhnya petang khamis lepas. Pagi tadi takda hujan dan aktiviti sekitar Hulu Langat berjalan seperti biasa.

Sampai kat Gabai dalm kul 9.30 lebih. Kira kami pengunjung pertama yang sampai. Then terus amik pondok sebelah gerai jadi station. Sesi Makeup bermula dan sesi photographer mula ngan amik gambar sungai (Slow shutter) dan sikit Makro…

Seramai 37 orang yang hadir termasuk yang datang lambat. Talent yang hadir dalam 6 orang- Ina, Fiqah, Rara, Arya, Putry & Dayang. Dan terima kasih pada Cik Qu yang sudi hadir untuk bantu Makeupkan mereka. Sayang Cik Qu tak dapat joint sampai habes. Hopefully next time arr.

Sesi Foto ngan Talent start dalam kul 10.30 dan sementara tu Wan Ted sibuk ngan ayam BBQ. Memang terbaek, TQ Bro. Kalau Shoot & BBQ Picnic Part 1…Ayam BBQ rasa Madu + Lada Hitam…Kali nie rasa Satey. TQ jugak pada Kak Malia, Mak Rara yang sudi sediakan Nasik Goreng ngan Bihun Goreng. Memang sodap sampai Azizuddin repeat 7 kali makan. Memandangkan semalam Hari Wanita…then pagi tadi saya bawak air Sirap ngan Agar-agar Bandung jer…yg best ada Teluuur utk Wan Ted.

Lepas tengahari, hujan renyai-renyai turun, tapi tak sampai 5 minit dah berhenti. Then sambung shoot dan mandi kat air terjun. Kali nie semua tak larat nak naik pi kat air terjun belah atas…Redz kata lagi tinggi dari Sungai Kanching tangganya…tapi yang kat bawah nie pun best sebab sebelum tengahari tak ramai orang. Maklumlah ari Sabtu dan sebelum tu memang banyak orang cerita pasal banjir Rabu lepas sampai ramai orang takut nak datang…

Program abes kul 3 petang. Lepak-lepak kejap then kul 4 lebih baru balek. Keseluruhannya, program kali nie best dan semua puas hati. Totaly happening dan histeriaaa….see u all dalam Shoot & BBQ Picnic Part 3.

Gambar-gambar Photoshoot boleh tengok kat sini Shoot & BBQ Picnic Part 2

Perbincangan

Tiada komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Arkib

%d bloggers like this: