you're reading...
Aktiviti, Photoshoot, Uncategorized

Sekitar Street Foto Part 1 (Kuala Lumpur)

Misi 1 – Pasar Karat

3 Mac 2012-Bangun pagi kul 5.30. Janji ngan kawan2 untuk mulakan Street Foto Part 1 sekitar Kuala Lumpur di Pasar Karat pagi semalam. Tak sempat nak pi solat Kat Masjid Jamek Bandaraya. So, solat kat umah jer then Pulut dah tepon kul 6.30 tanya ada kat mana…ha..ha.

Sampai Kat Masjid jam 7pagi jumpa Pulut ngan kawan dia sorang, Shah dan Paktam. Wan Ted tepon, dia baru bangun. Adeii! Jam dah kul 7.10, parking motor kat tepi Masjid dan trus gerak ke Pasar Karat Kuala Lumpur Kat Jalan Sultan. So pepagi dah berjalan kaki, kuar peloh merentas kota sambil tengok penjual dan penghantar surat khabar sibuk susun surat khabar mereka kat sekitar Bangkok Bank.

Sampai kat Pasar Karat, memang banyak barang-barang lama seperti duit syiling, cincin, barangan elektrik lama, henphone, kasut, baju dan macam-macam lagi. Cuma tak dapat amik gambar banyak sebab bawak Canon ngan lens Makro…lens 18-200mm dengan Wan Ted. So layan jer pemandangan waktu pagi. Kat sini memang mengamit sedikit nostalgia akan kenangan masa kecik2…banyak barang2 lama yang ku pernah lihat masa zaman kecik masih terjual di pasar karat ini. Walaupun lama, tapi masih ada nilainya. Bagi ku itulah mesej yang aku boleh dapat.

Dah kul 8 pagi..Shah entah pi mana, Paktam pon dan hilang, Afiq dan kawan dia pon tak taw kat mana. Wan Ted sampai lewat…banyak2 tempat aku bawak dia kat Petaling Street dan Jalan Sultan nie, dia hanya ingat Kuil Cina jer…so menapaklah dia lepas parking motor kat situ….

Misi 2 – Kg. Bharu dan Pasar Chow Kit

Lepas jumpa semua dalam kul 8.30 trus bergerak ke Masjid Kg. Bharu untuk meeting point kedua. Kat Kg. Bharu nie meriah sket. Tambah lagi kroni yang datang untuk Street Foto 1 ini, Redz Stone, Iwan Aim, Mymirra ngan Azlan. Terjumpa kawan lama, Wan Kamal dan trus pi ajak sarapan pagi kat Kedai Kak Som…lepas makan makan trus pi jalan2 kat sekitar Jalan Raja Muda Musa. Sempat gak amik gambar umah kayu depan umah lama Mak Mertua aku. Pastu pi amik gambar kuceng, kedai buah, kedai selipar…dan terjumpa plak Sani Sudin, ahli kumpula Kopratasa. Redz minta kebenaran nak amik gambar dia. Ngan muka selamba dia kata “Tak Boleh”….ha..ha…kita orang dah taw awal2 jawapan tu. So, malas nak kacau abg Sani, kami trus patah balik ke Masjid Kg. Bharu jumpa Rangga dan Dinii yang baru sampai.

Afiq, Iwan dan kawan2 dia hilang dah sampai Masjid Pakistan. So kami trus pi Pasar Chow Kit. Mula dari tempat penyembelihan ayam, kemudian tempat jual lembu dan kambing dan pasar kering tempat menjual bahan makanan yang di proses. Seronok gak shoot kat Pasar nie sebab peniaga-peniaga kat situ semua sporting dan tak kisah kalau amik gambar mereka. Kena lagi ngan pekerja2 mereka yang bangla tu. Baru angkat kamera, mereka dah possing….siap Redz Stone boleh suruh mereka berlakon lagi….ha..ha..ha…

Habis pusing Pasar Chow Kit tu tak jumpa2 gak ngan Afiq dan Iwan..ntah mana mereka gie. Taw-taw jer mereka dah balik. Mungkin dah penat larr tu….

Apa yang dapat belajar dari tempat nie adalah kesungguhan mereka berusaha carik rezeki. Walaupun bergelumang ngan tempat yang kotor dan keje yang kotor mereka tiada masalah. Janji buat keje halal. Kami sempat pusing sekitar kawasan pasar kering jer dan kawasan pasar basah, Jalan Batu serta Jalan Hj. Taib akan pi dalam next event plak.

Letih berjalan setengah hari, pi makan tengahari kat kedai makan depan Masjid Kg. Bharu. Lepas makan Mymirra ngan Azlan balik dan korumnya diganti ngan Rizal (Tari Lensa) yang baru sampai. Pastu makan kami gerak untuk Solat di Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur, tempat paling dekat untuk Misi ke 3.

Misi 3 – Masjid India – Jalan Tar

Kat Masjid India, Roffza ngan Syafek (Parasit mental) masuk Korum. Lepas Solat Zohor kami gerak ke Masjid India dengan disambut oleh awan mendung. Tengah amik gambar kat OCBC, jumpa plak Enn Faradh ngan Datin Suri & Gang..lama tak joint aktiviti Food for Homeless yang mereka jalankan kat Masjid Jamek. InsyaAllah lepas nie saya arrange program ngan mereka plak…Sekitar OCBC dan LRT Putra Mashid Jamek sempat lar amik gambar peminta sedekah dan peniaga2 sekitar masjid India…Jumpa sorang brader menjerit-jerit jual teaddy bear dengan payung merahnya…seingat aku, mamat nie kami jumpa 3 kali dalam misi ke tiga nie. Sambil2 amik gambar group dan sempat gak bergambar ngan satu pasangan pelancong dari Holland sebelum hujan turun. So lepak minum petang kat Restoran Mamak depan Masjid India sebelum pi Solat Asar.

Pas Solat Asar gerak ke Jalan TAR plak untuk tengok aktiviti perniagaan dan gelagat manusia. Time nie semua dah penat…..Sampai kat SOGO lepak depan Secret Recipe sambil layan Muzik yang di mainkan oleh Pemuzik Jalanan, seorang pakcik buta bersama Isterinya….teringat Lagu Search “Balada Pemuzik Jalanan”.

Jam dah Kul 7. Memang penat. Rizal pun balek..kemudian diikuti Redz Stone yang takut ketinggalan keretapi…ha..ha

Dari SOGO kami berjalan kat menyusur Jalan TAR sebelum singgah makan malam kat Kedai Mamak hadapan OCBC Bank…tengok kat tepi OCBC ada sorang mamat Gelandangan tengah menurun…sibuk isap gam. Haish!!!. Pastu pi Solat Maghrib.

Misi 4 – Bukit Bintang

Dalam kul 8.30 kami tiba kat Bukit Bintang plak. Walaupun penat, layan jer larr..Hujan renyai2 di Bukit Bintang. Tak banyak aktiviti menarik bila time ujan nie..so musing ler amik gambar apa2 yang patut. Pastu pi minum jap dan shoping kat kedai Cap Ayam..dalam kul 11.30 malam gerak balik ke Sg. Wang nak amik motor. Jumpa plak satu grup drum jalanan tengah buat persembahan depan Maybank Bukit Bintang…so layan larr. Tengok Pak Arab pun sibuk joint main gendang dan ada gak yang nak menari….Dah kul 12 malam…dah penat, semua trus balik umah…tidooo..

Secara keseluruhan, program kali nie alhamdulillah..kira puas hati untuk permulaan. Memang kali nie takda tema atau spesifik item or kaler or tema ditetapkan. Just shoot sahaja dan cuma lihat serta fahami….InsyaAllah ada masa boleh repeat lagi untuk Part 2….

Perbincangan

Tiada komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Arkib

%d bloggers like this: