you're reading...
Islam, Kehidupan, Keluarga & Masyarakat, Tazkirah

Amalan Akhir Penentu Jalan Akhirat

Sekadar perkongsian diwaktu Zohor berhubung dengan amalan sepanjang hidup hinggalah akhir hidup kita. Saya tidak mahu menulis tazkirah panjang, hanya sedikit ulasan mengenai artikel yang dilampirkan. Kita manusia selalu memandangkan diri kita dan pentingkan diri kita sahaja. Jika itulah hal yang berlaku pada kita setiap hari, maka wajiblah menilai semula amalan-amalan kita. Walau pun amalan akhir kita menjadi penentu jalan ke syurga atau neraka, namun itu bukan bermakna kita boleh berlengah dan sambil lewa.

Yang semalam memang sudah jadi lipatan memori sejarah, sudah tutup buku. Tapi hari ini dan esok. Apakah amalan kita hari ini? Mungkinkah amalan kita hari ini atau hanya sebentar nanti adalah amalan terakhir? Bersediakah kita? Mati itu bila-bila masa. Allah pilih kita bila sudah sampai masanya. Soal kita bersedia atau tidak bukan tanggungjawab malaikat nak tanya. Akhirnya setiap persoalan akan balik pada kita juga. Bersiap sedialah setiap masa dengan amalan-amalan akhir yang kita tidak tahu bila due datenya!

————–>Baca artikel dibawah sampai habes

Setiap Amal Yang Berfaedah Ialah Amalan Akhir Hidupnya
Ditulis Oleh aburedza
(Sumber : http://masjidassyakirin.wordpress.com/2011/09/26/setiap-amal-yang-berfaedah-ialah-amalan-akhir-hidupnya/)

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 18 Sept 2011
Oleh : Ustaz Ya ali bin Dahaman Imam Masjid al-syakirin

Bab : Akhir Hidup Yang Buruk dan Setiap Amal Yang Berfaedah Ialah Amalan Akhir Hidupnya
Diriwayatkan oleh Imam Muslim Dari Abu Hurairah r.a. sabda Nabi s.a.w.

“ان الرجل ليعمل الزمان الطويل بعمل أهل الجنة ثم يختم له عمله بعمل اهل النار ، وان الرجل ليعمل الزملن الطويل بعمل اهل النار ثم يختم له بعمل اهل الجنة “.
Etinya: “Sesungguhnya ada orang yang beramal dengan amalan ahli syurga pada waktu yang lama, kemudian ia megakhiri amalnya itu dengan amal ahli neraka, dan sesungguhnya ada orang yang beramal amal ahli neraka pada waktu yang lama, kemudan ia menutup amalnya itu dengan amal ahli syurga”.

Dalam kitab Saheh Bukhari ada hadith lain yang berbunyi:

“ان العبد ليعمل عمل اهل النار وانه من أهل الجنة ، ويعمل عمل اهل الجنة وانه من اهل النار وان الأعمال بالخواتم” .
Ertinya; “Sesungguhnya ada hamba yang mengerjakan amal ahli neraka tetapi ternyata ia salah seorang dari ahli syurga, dan ada yang mengerjakan amal ahli syurga tetapi ternyata ia termasuk dari ahli neraka. Kerana sesungguhnya seluruh amal itu bergantung pada akhir hidupnya”.

Ulamak berpendapat bahawasanya su`ul khatimah (akhir hidup yang buruk) terjadi pada orang yang sering dan terus menerus mengerjakan maksiat secara sembunyi, dan ia sering mengerjakan dosa-dosa besar dan cuba menipu Allah s.w.t. Adapun orang yang istiqamah secara zahir dan terus menerus mengerjakan maksiat secara batin (tersembunyi), belum ada terdengar cerita bahawa orang yang seperti itu mengakhiri hidupnya dengan buruk. Segala puji hanya bagi Allah s.w.t atas kelapagan ini.

Sebaliknya orang yang kebanyakan waktunya digunakan untuk mencintai dunia dan melakukannya tanpa niat untuk bertaubat, lalu datang ajalnya sebelum bertaubat, hingga syaitan boleh menggodanya pada saat itu dan langsung membawanya kejalan yang sesat pada ketika itu juga, kita berlindung dengan Allah s.w.t. dari keadaan demikian, maka pada saat ia meninggal dunia mungkin kelihatan mudah dimata orang ramai .Selain dari itu ada juga hamba Allah yang hidupnya berada dijalan yang lurus, akan tetapi ketika menjelang ajalnya ia berubah dan keluar dari jalan yang lurus tersebut, yang kemudian hal itulah yang menyebabkan dia mengakhiri hidupnya dalam keadaan yang buruk, dan mendapat celaan yang hina seperti yang dialami oleh iblis. Bagaimana yang tertulis dan diceritakan bahawa di peringkat iblis menyembah Allah s.w.t. bersama-sama dengan para malaikat selama lapan puluh ribu tahun lamanya kemudan dia durhaka kepada Allah..

Ini pernah berlaku kapada Lu`am bin Ba`ur yang telah diperlihatkan kepadanya ayat-ayat kebesaran Allah, tetapi kemudiannya ia menjauhkan dari hidayat Allah dan menukar hidupnya mengikut hawa nafsunya.

Begitu juga dengan Bersisa yang alim dan merupakan ahli ibadat, seperti yang dirakamkan dalam al-Quran Firman Alllah Ta`ala yang berbunyi:

“كمثل الشيطان اذ قال للاءنسان اكفر”
Maksudnya; “Seperti syaitan ketika ia erkata kepada manusia “Kufurlah kamu”.

Ringkasan cerita Bersisa; Seorang ahli ibadat dan mustajab doa` sehingga dapat mendoa`kan untuk menyembuh penyakit orang gila. Seorang puteri raja telah mengidap penyakit gila, lalu raja pun menyerahkan anaknya untuk bersama dengan Bersisa untuk diubati, dengan rasokan iblis lalu Bersisa telah melakukan zina dengan perempaun tersebut dengan alasan perempuan itu tidak sedar dan tidak mengetahui, bila berlaku perbuatan tersebut lalu iblis pun meninggalkan, setelah berlaku perbuatan itu lalu terasa takut dan bimbang kalau-kalau diketahui oleh raja, lalu dibunuh perempuan itu kemudina dikebumikan ditempat kediamannya. Ini semua berlaku atas pandangan iblis, lalu katanya kepada Bersisa jika raja datang untuk mengambilnya katakan kepadanya puterinya telah sembuh dan telah pulang. Apabila rombongan raja datang berilah jawab bahawa puterinya telah sembuh dan telah pulang pasti dia akan percaya. Bersisa telah melakukan setiap pandangan oleh iblis.

Kemudian iblis dengan bentuk seorang hamba lalu bertemu dengan raja dan menceritakan kepadanya; Bersisa telah menodai puteri tuanku oleh takut kalau puteri akan memberitahu kepada raja maka dia telah membunuh puteri tuan dan meguburkannya berhampiran dengan pondoknya, dia akan memberi alasan bila tuanku bertanya nanti bahawa puteri tuan telah sembuh dan pulang, maka janganlah percaya akan perkataan itu.

Kemudian raja telah mengantar rombongan untuk menemui Bersisa, dan ternyata semuanya benar, lalu Raja memerintahkan supaya Bersisa disalib, semasa Bersisa disalib datang semula Iblis dan berkata kepada Bersisa; “Aku boleh menolongmu jika kamu sujud kepadaku sebagaimana aku menggenakan kecelakaan kepadamu, Bersia akhirnya sujud kepada Iblis dengan syarat sujud menunduk kepalanya, lepas itu iblis pun pergi tanpa menolongnya dan akhirnya Bersisa mati dalam kekufuran.

Dalam cerita yang lain, bahawa ada seorang alim yang menjadi tukang azan (muazzin) disalah sebuah masjid di Mesir, berdekatan dengan masjid itu ada seorang wanita anak kepada seorang Nasrani (keristian), disuatu hari dalam perjalananya lalu lelaki berkeanaan tertarik dengan rupa paras wanita berkenaan lalu jatuh cinta kepadanya, dan ingin bertemu dengan wanita berkenaan dirumahnya, bila beertemu lalu menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan wanita tersebut, wanita itu menjawab bahawa ; ayahku tidak membenarkan kita berkahwin melainkan setelah engkau memeluk agama Nasrani, lelaki itu pun masuk agama Nasani, kemudian lelaki berkenaan masuk kedalam rumah wanita itu kemudian naik keatas bangunan untuk melihat pandangan kota. Kemudian dia terjatuh dan meninggal dunia dalam keadaan Nazrani.

Bahan Bacaan;

Ringkasan Tazkirah al-Qurtubi(terjemahan), oleh Syeikh Imam Abdul Wahab al-Sya`rani, Berlian Publications. Sdn. Bhd. Cetakan pertama, 2008 m, hal. 37.

Perbincangan

Tiada komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Arkib

%d bloggers like this: