you're reading...
Info, Membebel, Tutorial

Street Photography tidak semudah yang difikirkan

Saya telah turun mencuba street Photography. Pertama kali pergi tahun lepas, just main shoot sini sana. Seterusnya turun lagi dan lagi…shoot sini sana. Orang kata street Photography mudah sebab pi kat jalanan boleh shoot mana-mana yang kita nak shoot.

Selepas beberapa kali percubaan, saya duduk berfikir. Tengok balek gambar2 yang diambil. Dari beratus-ratus shoot, hanya beberapa gambar sahaja ada cerita. Ya “Cerita”…bagi saya, itulah nyawa street Photography sebenarnya. Kalau gambar yang kita ambil setakat potrait dan photo biasa tanpa cerita maka gambar itu gagal.

Gambar itu kosong tanpa roh. Persoalannya, bagaimana nak masukkan roh dalam gambar tu?. Bagi saya Photog tu sendiri yang tau sebab time amik gambar dia ada dilokasi dan tahu tujuan dia amik gambar tu. Kalau dia tak tau tujuan dia, maka awal-awal lagi dia sudah gagal. Kena faham kenapa kita nak moment depan mata kita tu perlu masuk dalam memory card kamera kita.

Macam-macam perkara boleh kita fokuskan untuk bina cerita antaranya:

A.Manusia:
1.Ekspresi muka subjek
2.Ekspresi bahasa tubuh individu or kumpulan

B. Bukan Manusia:
1. Kenderaan
2. Bangunan & struktur
3. Papan Tanda
4. Jalan
5. Premis
6. Barang spt Makanan, Buku, Surat Khabar

C. Aktiviti Persekitaran
1. Jual beli
2. Santai & Lepak2
3. Pergaduhan & Kemalangan
4. Ibadat
5. Permainan

Kita dah tau fokus kita, then kena pandai cari mood dan bina angle supaya subjek dapat dirakamkan dengan frame yang sempurna. Kadangkala kalau subjek tu manusia, tak semestinya kita perlu rakam seluruh tubuhnya utk sampaikan cerita. Seperti seorang pengemis, kadangkala dengan fokus pada mukanya yang kotor itu sudah cukup berikan kita cerita.

Atau kita nak buat cerita pasal aktiviti di pasar, kita perlu carik interaksi antara penjual dan pembeli sebaik mungkin….kadang kala cukup fokus pada dua orang dengan angle separuh badan.

Apa pon, teknik photography lain boleh diamalkan dalam Street seperti Rules of 3, Lighting condition utk mood, shadow, colour of life, texture play dan macam-macam yang disukai…

Cuma perlu diingat, cara amik gambar tu ada dua sahaja…candid atau bukan candid. Kalau candid kebiasaannya amik secara spontan atau curi-curi sebab mungkin subjek seperti manusia segan atau haiwan agak bahaya atau boleh ganggu moment kalau didekati.

Kalau bukan candid, nie yang istimewa. Walaupun namanya street tapi bila bukan candid maknanya photog dan subjek perlu ada komunikasi. Then subjek boleh prepare untuk shoot sesuai dengan mood dia time tu.

Kalau dah pakai DSLR tu senang, amik jer gambar kaler takyah nak pikir nak buat hitam putih ker idak sebab balik nanti boleh convert dalam Photoshop or maintan dengan kaler kalau itu lebih sesuai. Sukahati anda untuk masukan warna, yang penting gambar tu ada rupa gambar bukan gelap gelita atau over expose.

Cabang street photo nie terlalu luas tafsirannya. Boleh kata ikut suka Photographer lah…macam juga cara saya tulis artikel nie. Lintang pukang bahasanya. Memang ikut suka aku…apa yang penting ada cerita, ada mesej, ada roh! kalau tak bazir shutter jer amik.

Kesimpulan peribadi yang saya boleh buat…saya lebih suka kepada Street Photography kerana ruang keikhlasan dan kebenaran itu terbuka luar berbanding gambar-gambar fesyen yang banyak ditutupi dengan keindahan make-up dan kadang kala menutupi kelemahan dan masalah yang ada. Teringat lagu Evanescence – Everybody’s Fool…

So jangan perbodohkan diri anda dan orang lain dalam berkarya. Kalau rajin boleh pi follow sifu-sifu tempatan seperti Eddieputra, Johan Sopie, Chot Touch,  Edy Jamil dan ramai lagi…pi carik mereka dalam google or facebook dan tengok gambar-gambar mereka. Jangan malas kalau nak berkarya. Kalau malas, bagi jer kamera tu kat kawan-kawan.

Dibawah nie beberapa tips nak amik street photo dari digital photography school.com :

  1. Less is More – don’t take too much equipment and travel light. It’ll make you less obtrusive and you will be able to move around for the best shot quickly.
  2. Off the Beaten Track – don’t just go to all the touristy shots – try to get ‘behind the scenes’ and ‘real life’ scenes.
  3. Stolen Moments – anticipate moments between people before they happen.
  4. True Colours – black and white is often where it’s at with street photography but at times colourful situations arise and can really make a shot – be on the look out for these.
  5. In the Background – what’s goign on behind your subject can actually ‘make’ the shot. Billboards, signs, graffiti and other visual elements can really make a statement in a shot.
  6. Dare to Go Diagonal – don’t just hold your camera horizontally – experiment with angles. Street photography is a less formal medium – make the most of it.
  7. Opposites Attract – shots which challenge the ‘norm’ in terms of composition and story/subject matter can be powerful. Look out for ‘surprising’ subject matter and composition.
  8. What a Performance – street performers, parades and other street entertainment can be great subject matter on the street.
  9. Off the Streets – other places where people gather in number can lead to great shots in this genre – zoos, fairs, shows, parks, sporting events etc all can be worth trying.
  10. New Angle – find ways to get up high or down low – these new perspectives on subjects that are familiar can lead to eye catching shots.
  11. Practice makes Perfect – over time and with practice your photography will improve. You’ll not only get better at technique but also spotting the things to focus upon on the street.
  12. Fortune Favors the Brave – sometimes the best thing you can do is to get close to your subject – this can be a little confronting but will produce powerful images
  13. Fun in the Sun – often we try to avoid shooting into the sun and the shadows that direct sunlight can produce – in street photography breaking these ‘rules’ can lead to great shots.
  14. Ready to Pounce – have your camera out and ready to shoot at all times. Things can move quickly on the street so if you’re not ready you’ll miss lots of opportunities.
  15. Revise the Revisit – street photography is not all about spontaneity – if you see a scene with potential don’t be afraid to keep coming back to it until you get the shot.
  16. Frozen Motion – the street is a place of movement – to capture it and still get sharp shots make sure your shutter speed is fast enough. 1/125 or more with an ISO of 400 is what this article recommended as a base. I also think it can be fun to experiment with slower shutter speeds on the street – capture the movement as blur.
  17. Street Wallpaper – blend in with the scene – shoot unobtrusively and unnoticed.
  18. Life Through a Lens – ‘exaggerating perspective will help set your subject in context and provide a more forgiving depth of field’ – use a wide angle lens (or even a fisheye).
  19. Expect the Expected – people can be suspicious of street photographers so shoot in places where people expect to see people doing photography. Smile, be polite and be willing to delete images if people protest.
  20. Location, Location, Location – really this is what it is all about. Choose places where people interact with one another and times when they are present.

Read more: http://www.digital-photography-school.com/20-quick-street-photography-tips#ixzz1ngHcD4Ma

Perbincangan

Tiada komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Arkib

%d bloggers like this: